Setelah berbulan-bulan merancang percutian dan konvoi ke Cherating, tarikh 10 Mar 2007 menjadi saksi bagi berpuluh Toyota Avanza untuk bersama mengharungi perjalanan bermula Dataran Merdeka (KL) sehingga ke Impiana Cherating (Pahang).

Seawal jam 7:49 AM - semua ahli TAVAC diminta utk melekatkan sticker, antaranya :-
- Sticker Anti Dadah Kebangsaan
- Sticker KW Sdn Bhd
- Sticker Tom's Stickers
- Sticker "Jom Semarak"

Sehari sebelumnya, Presiden
(ZulAvanza) telah meminta ahli untuk hadir ke TT di
Pandan Indah bagi proses menampal sticker manakala bagi ahli yang tidak berkesempatan, maka di
Dataran Merdeka...kena lah buat kerja yang belum selesai.....

Para ibu dan anak-anak kelihatan tidak sabar untuk memulakan perjalanan. Mungkin ada yang mula membayangkan pantai
Cherating dan ingin menikmati kesyahduan tiupan angin dari
Laut China Selatan.
Marshall dari
ADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan-
foto bawah) mengetuai konvoi bagi memastikan konvoi dalam keadaan selamat dan beretika
(sewaktu dalam perjalanan) serta menuruti undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan.

Kelab Perdana (
PROPERD-
Proton Perdana Owners Club) dan
Kelab MyVi, membantu mengiringi konvoi
TAVAC sehingga ke
Tol Gombak. Kerjasama kedua-dua kelab ini, amat di hargai dan di sanjung tinggi oleh setiap ahli TAVAC. Sedikit sebanyak, kedua-dua kelab tersebut telah membantu melancarkan perjalanan dan membantu kontinuiti barisan TAVAC, mengelak dari terputus kelancaran barisan.
9:25 AM - Foto bawah (kiri) Ahli TAVAC diberi sedikit penerangan oleh wakil ADK (
saudara T.M. Azemin), yang turut memberikan kata² perangsang.
9:33 AM - Foto bawah (kanan) Wakil
Properd memberikan peringatan dan kata nasihat terutama kepada ahli TAVAC yang julung kali menyertai konvoi.
9:39 AM - Mustaza menguruskan proses
update info baucer makanan dan juga info bagi alamat (
tempat tinggal) terkini ,sekaligus mengemaskini data keahlian ahli kelab TAVAC.
9:49 AM - Konvoi bermula, team
Properd dan
MyVi lead perjalanan, diikuti
Marshall dan team TAVAC. Pada mulanya, perjalanan agak lancar tetapi bertukar
jammed tatkala menghala bulatan berhampiran
stesen minyak Petronas MRR2 Gombak.10:35 AM - Perjalanan team TAVAC mengalami sedikit
jammed selepas
Jalan Kuching menghala ke bulatan
Kuantan/Gombak. Jammed tersebut adalah berpunca daripada kemalangan kecil berhampiran bulatan yng hendak dilalui. Walaubagaimanapun, hasil bantuan
Marshall dan
Properd, masaalah segera diatasi. Tempoh keseluruhan
jammed mengambil masa lebih dari 30 minit.
11:06 AM - Marshall ADK memberikan sedikit pandangan tentang laluan yang dilalui pada sebelumnya (
tadi) dan sedikit
tips tentang pemanduan yang mendatang.

11:24 AM -
Idnefa & Nizam menghulurkan
flyers kepada pengguna jalanraya di Tol Gombak.
Avanzakubiru - turut sama di dalam pengagihan
flyers,
"Peace" !!!.
11:30 AM - Konvoi meneruskan perjalanan dengan berhati-hati dan di dalam satu barisan.
2:43 PM - Konvoi tiba di kawasan rehat
Gambang, ada yang mengambil kesempatan untuk berehat, makan tengahari (makan petang?) dan solat jamak.

Tiba di
Tol Kuantan, TAVAC di gabungkan dengan beberapa lagi team TAVAC bahagian
Pantai Timur dan dibantu oleh
Marshall PROPERD branch Pantai Timur pula. Bermula lah perjalanan yang memerlukan merentasi laluan kampung. Presiden turut menasihatkan agar konvoi tidak terputus kerana perjalanan akan melalui beberapa
traffic light yang bakal menggugat kelancaran barisan konvoi.
5:00 PM - Team TAVAC tiba di
Impiana Cherating dengan selamatnya. Ahli TAVAC mengucap syukur dan menghembus nafas kelegaan, tidak kurang yang mengeluh sambil meregangkan otot yang kian kelesuan. Maklum lah berjam-jam di dalam perjalanan.....
Sesampai di lobby hotel Impiana, ramai yang berpusu²
menerkam "
Sarsi Pantai Timur" yang hakikatnya ialah
Teh Serai, sejenis minuman yang sering dijamukan untuk tetamu hotel Impiana Cherating.
Presiden dan isteri tidak berlengah, membantu menguruskan
registration ahli dan agihan kunci untuk ke bilik hotel masing² supaya ahli dapat berehat dari keletihan akibat memandu dalam perjalanan yang amat panjang.
7:30 PM - Semua ahli diminta berkumpul di tempat letak kereta untuk mendapatkan makan malam. Diuruskan oleh saudara
Rizal dan isterinya. Terima kasih tidak terhingga kpd saudara Rizal dan isteri yang berkorban masa dan tenaga demi menguruskan ahli TAVAC.
Foto-foto di dalam bilik hotel.

8:30 PM - Pada asalnya, semua ahli diminta untuk berkumpul di surau berdekatan untuk majlis kesyukuran, so beramai² ke surau yang dinyatakan (
surau bersebelahan tempat parking kereta)....namun hampa - kerana diberitahu ketiadaan air, so majlis kesyukuran berpindah ke surau hotel Impiana.
Majlis dimulai dengan solat Jamak berjemaah, diimamkan oleh
Abg Rasid@Ustaz Rasid, diikuti majlis kesyukuran.
9:13 PM - AJK penyelenggaraan telah merancang 2 perkara berjalan serentak tetapi di tempat berasingan pada sebelah malam iaitu:-
- AGM - Annual General Meeting TAVAC - sejumlah besar di hadiri oleh ahli TAVAC kaum lelaki (pilot) manakala 6 wakil wanita turut serta dijemput.
- Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak mengikut beberapa kategori peringkat umur, sejumlah besar para ibu dan anak-anak adalah terlibat dan ditempatkan di bilik bersebelahan swimming pool.
Sebelum bermula kedua² aktiviti, kesemua ahli, isteri dan anak² diminta terlebih dahulu berkumpul di dewan untuk mendengar sedikit taklimat.
Foto bawah - Ahli TAVAC sedang menantikan taklimat....

9:45 PM - AGM dimulakan dengan pembubaran AJK-AJK bagi sessi 2005/2007 , lalu dijalankan pencalonan/pemilihan AJK bagi sessi 2007/2008.
Berikut ialah AJK bagi sessi 2007/2008:-
- Presiden - Zulavanza
- Naib Presiden - Zailan
- Setiausaha 1 - Avanzakubiru
- Setiausaha 2 - Tintamaya
- Bendahari 1 - Mustaza
- Bendahari 2 - Idnefa
Manakala bagi AJK bertindak pula antaranya :-
- Asmurni
- Abg Rahim
- Safeman
- ...............
Presiden menekankan bahawa setiap seorang ahli TAVAC adalah penting dan telah dan perlu memainkan peranan masing² yg memberangsangkan serta komited dan berharap
keikhlasan akan menjadi tunjang utama didalam membantu kelab TAVAC berjaya. Setiap ahli juga, tidak kira AJK atau pun tidak, di saran memberikan kerjasama didalam memastikan objektif TAVAC terus dipelihara.
9:55 PM - Pertandingan mewarna. Semua kanak² diminta mewarnakan gambar Toyota Avanza mengikut kreativiti masing-masing. Hakim bagi menilai hasil kreativiti kanak² ini ialah pihak pengurusan hotel Impiana Cherating sendiri.

Agenda hari pertama berakhir sejurus tamat nya AGM yang cecah sehingga jam 12:30 AM. Kemudian dari itu, beberapa ahli mengajak TT di perhentian bas Cherating.